kerana kenanganmu sungguh bermakna…

Salam Teknologi

Heh….Apa yang aku nak citer kat sini adalah perkembangan teknologi semakin mengagumkan yang mana jika korang ada perasan pada satu iklan yang satu balak nak ngorat awek tu pastu awek tu pun naik bas sekali dah tu tunjuk rantai tangan…scan terus dapat kontek awek tu…Fuh caya la style ngorat zaman sekang neh…Terkesima aku. Apapun teknologi itu tidak harus dipersalahkan yang salah adalah cara penggunaannya. Jika penggunaannya Bagus maka baiklah jadinye kan? Ok apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah penggunaan QR Barcode. Bagi aku ianya adalah cara terpantas untuk dapatkan maklumat asas seperti no telefon, laman web dsb. Baguskan dengan wujudnya teknologi begini ia kelihatan akan memudahkan urusan pengiklanan pada yang bisnes minded la. marketing menjadi pantas dan mudah yang mana pengguna hanya memerlukan scanner untuk scan barkod neh dan terus mendapat maklumat syarikat tersebut. Mudah kan? So kat bawah neh aku letakkan barkod bagi maklumat aku. so senang la korang nak kontek aku pasneh sebab takyah klik ruangan  About DnA lagi…scan je dah dapat maklumat bagai…terbaikkk

Bila dah cerita pasal kebaikan neh mestila kena ada keburukan jugak kan? kalau tak tak seimbang la dunia neh. So keburukan tu banyak la…sebab terkadang kita tatau maklumat kita ni sapa je leh tengok kan? Kemungkinan untuk orang salah guna maklumat kita pun sangat tinggi woo…so cam biase arrr…Hati2 kawan.

~Charge Code~

Tinggalkan komen