kerana kenanganmu sungguh bermakna…

Tips-Memahami segitiga eksposur PART III (ISO)

Salam Ahad buat para sahabat sekalian,
N3 ni adalah sambungan pada N3 sebelum ni iaitu PART I dan juga PART II. Pada N3 yang lepas ada aku mention yang N3 kali lebih pada memahami maksud setiap satu  elemen-elemen yang di bangkitkan dalam Part 1 dan Part 2. Plus ade tahap kerajinan la plak dalam sanubari aku nak update blog ni dari pada bersawang je kojonyo. 
Well back to da point! elemen-elemen yang di maksudkan adalah ISO, Apreture dan juga Shutter speed. So suka jugak aku nak terang dan tekankan kat sini kepentingan ISO. Secara metaforanya cuba korang bayangkan sebuah kereta kebal yang mana badan kereta kebal itu umpama ISO manakala turetnya adalah apreture dan sistem tembakannya adalah Shutter Speed. So secara umumnya perkara pertama yang harus di setkan adalah ISO sama juga dengan badan kereta kebal. Tidak akan jadi sebuah kereta kebal jika badannya  tiadakan?  Apa yang di maksudkan dengan ISO ni? ISO adalah satu standard yang telah ditetapkan bagi mengukur kadar kemasukan cahaya pada sensor yang terdapat pada  setiap kamera masa kini. Ia juga dikenali sebagai ASA bagi kamera berasaskan filem.  Cara pengiraan terhadap ISO adalah sangat kompleks dan  mungkin senang juga bagi yang memahami di mana penggunaan arithmetik sangat luas untuk menentukan standard penerimaan cahaya pada sensor digital yang ada meluas di pasaran ketika ini.
Contoh Sensor bagi kamera digital

Pengiraan bagi menentu ukur kadar ISO adalah dengan menggunakan formula ini:H = \frac{q L t}{N^2}, huhuhu…punya la susah jugak penerangannya nak faham kan? H itu mewakili lux second dan L mewakili kelebaran penanpilan cahaya pada LCD iaitu cdm²(candela per meter square) makala N pula mewakili keluasan bukaan lensa(Apreture Number). Jadi dengan algoritma ini maka terhasillah ukuran bagi ISO yang akan menentuukur keluasan cahaya yang akan terpapar dalam bentuk imej digital. Fuh! susah betul bermain dengan kejuruteraan ni. So bagi memudahkan buat pengguna akhir(end user) maka adalah lebih senang untuk mengatakan bahawa ISO ini adalah ukuran bagi alat bernama sensor untuk sensitif terhadap penerimaan cahaya. Cara ukurannya juga telah ditetapkan iaitu semakin meningkat ukurannya maka semakin besar penerimaan cahaya,namun begitu ia juga akan meningkatkan kebisingan(NOISE) pada imej apabila kadar ISO yang ditetapkan melampaui kemampuan sensor yang ada. Sebagai contoh untuk perbandingan kita bersandarkan pada 2 jenis produk pada jenama yang sama iaitu Nikon D5000 dengan Nikon D3s. Jika dilihat pada perbezaannya pun sangat besar

Type
Help
CMOS CMOS
Size
Help
Full frame 36.0×23.9mm APS-C 23.6×15.8mm
Crop factor
Help
1x 1.5x
Megapixels
Help
12.1 MP 12.2 MP
Light sensitivity
Help
12,800 ISO 3,200 ISO
Light sensitivity (boost)
Help
102,400 ISO 6,400 ISO
Sensor cleaning
Help
Yes Yes

D3s Kiri dan D5k kanan

Light Sensitivity yang mewakili D5k dilihat hanya mampu menerima cahaya tanpa kebisingan pada kadar 3200 manakala bagi D3s pula sehingga 12.8k. Ini membuktikan sekiranya kedua-dua buah gajet ini berada pada tahap pencahayaan yang rendah dan setkan ISO pada kemampuan 6400 maka kelihatana imej yang terhasil dari D3s lebih bersih berbanding D5k. Kenapa ia berlaku? Ianya adalah di sebabkan oleh teknologi sensor yang terdapat pada D3s jauh lebih maju dan efektif berbanding D5k. Oleh yang demikian harga bagi gajet tersebut melambung tinggi berbanding lawannya. Kadar buffering(penerimaan) lebih cepat berbanding sensor D5k. So buat jurugambar2 di luar sana pilihlah secara berhemah.
Ok cukup untuk penerangan mengenai ISO ni. Nanti kita sambung untuk part Apreture pulak ok. Nantikan sambungannya. Adios!!!
Yours Truly
~Charge Code~

2 responses

  1. Mak aih!!! camni ke ISO tu??? perhhh!! rasa nyesal ponteng kelas math… hahahha

    Julai 15, 2012 at 5:09 AM

  2. Tak perlulah memahaminya dengan mendalam cukup hanya sebagai pengetahuan sahaja. Rasanya algorithm ni bukan bidang kita dah. Tu dah masuk kejuruteraan optik tu. 🙂

    Julai 16, 2012 at 6:27 AM

Tinggalkan komen