kerana kenanganmu sungguh bermakna…

Tips-Memahami segitiga eksposur PART IV (Apreture)

Salam,
Kembali lagi di dalam ruangan tips di bawakan khas oleh DnA Pixelworks(Hahahahha dah macam iklan la plak). Okok!! Serius part! Kali neh aku bawak korang semer mendalami serta memahami apa itu Apreture. Aku akan cuba bawak korang untuk memahami akan sifat apreture tu sendiri. Mungkin ianya tidaklah begitu terperinci kerana dengarnya ada komen yang bagitahu bahawa penerangan bagi PART III tu agak berat dengan cubaan untuk menerangkan formula yang digunakan bagi mengukur kepekaan cahaya untuk di terjemahkan ke dalam bentuk digital. Namun FYI Part III itu adalah bukan keseluruhan penerangan secara terperinci mengenai ISO, well as long as kita sebagai pengguna akhir apa kes pulak nak tau pasal formula bagai ni kan? Hehehehhe….Erm…tujuan aku membuat penerangan sebegini adalah sebagai pengetahuan. So takdela nanti kalau orang tanya kita gagap nak jawap kan(walaupun nama kita tu besar alam). Jika aku cuba untuk bagi penerangan secara ultra details pasal ISO ni mau 5 Part aku buat…penat wooo…jadi aku fikir ada benar juga komen yang berhembus mesra dekat gegendang telinga aku neh.
Yang neh x de kena mengena ngan artikel..hehehe
Dah full stop!! skang kita bukak citer pasal Apreture plak. Seperti artikel sudah gambaran ISO adalah umpama badan kereta kebal kan? So Apreture pulak umpama turet bagi kereta kebal tu. Nape lak aku cakap umpama turet ek? Ianya adalah disebabkan oleh kemampuannya untuk meluaskan atau menyempitkan ruang fokus. Ia juga lebih dikenali sebagai Depth of Field(DoF). Secara kasarnya adalah samada fokus pada keseluruhan foto itu akan mendapat sharp atau mewujudkan shallow(bokeh) pada imej lain selain subjek. Pengukuran Apreture adalah berdasarkan kepada f-stop dengan maksud bagi f adalah Fraction. Cara pengiraan bagi ukuran ini adalah melalui formula mudah ini :
N=f/D   
N=bukaan lensa  
f=panjang fokal 
D=bukaan diaphram
Sebagai contohnya untuk mendapatkan nilai f-stop(Apreture) bagi panjang fokal 17mm dan bukaan diaphram(pupil) adalah bersamaan 6mm maka kita akan mendapat nilai f-stop pada kadar N=2.83333.Jadi nilai Apreture yang terpapar pada LCD korang akan jadi la f2.8. Ini adalah contoh bagi mengukur nilai Apreture. So berbalik pada turet keter kebal tadi la…sifat turet ni adalah untuk memberi lorong kepada serbuk peledak melebarkan kekejamannya. dan jika di lihat jika tanpa turet maka serbuk peledak ni akan suka-suki jek meratakan kawasan yang luas. So dengan adanya turet maka serbuk peledak ni boleh di manipulasikan samada untuk kawasan yang sempit atau untuk kawasan yang besar kemusnahanya(mass destruction). Begitu jugala dengan Apreture neh, ia membenarkan kita untuk memanipulasikan ruang fokus bagi menghasilkan percambahan kreativiti. Urmmm…!!! ade orang kata bahawa jika nak bagi gambar cerah so gunala f-stop 2.8. Sekali lagi aku terpaksa….pfttt!!! Sudah2la dengan fatwa sesat tu. Bukan apreture yang menentukan kecerahan/kegelapan gambar. Yang menentukannya adalah Exposure Triangle!! Bukan Apreture derr…Sekali lagi aku ulang Sifat Apreture adalah untuk menentukan RUANG KEDALAMAN FOKUS,bukannya penentu cerah gelap gambar derr. Aku yakin pasti ramai yang tak setuju akan perkara neh! apa taknya bila bukaan diaphragm maksimum maka itu menentukan amaun cahaya yang besar untuk dihadam oleh sensor. Ok part ni aku setuju, tapi kenapa mesti hanya ceritakan pada bukaan diaphragm jek? Aku bagi senario, andai kata bukaan diaphragm maksimum namun sekiranya ukuran ISO disetkan sehingga 100 dan ukuran bagi Shutter Speed adalah pada kadar 1/1000 saat dan dalam keadaan di mana kawalan cahaya sangat sedikit! so apakah logiknya bahawa Apreture yang maksimum mampu memberi kecerahan pada foto??? Jawapannya korang nilai sendiri. So apa pun aku tetapkan pendirian aku sifat bagi Apreture adalah menentukan kedalaman ruang fokus. Jika ada dari korang yang merasakan pandangan aku tidak benar maka korang leh tampilkan hujah korang dalam ruang comment di bawah sekali.
Owh!!! pada bebudak nubis neh dah tentu tertanya² apa tu diaphragm!?? hahahaha…lupa lak nak info pasal mendalah neh. Ok lah mendalah ni lebih dikenali sebagai iris blade, lebih tepat ianya adalah seolah² seperti iris manusia juga. fungsinya adalah mengawal kemasukan cahaya berdasarkan kepada nilai Apreture. Contohnya jika bukaannya maksimum maka amaun cahaya yang dapat di kutip oleh sensor adalah besar dan banyak,begitu juga sebaliknya. Kat bawah ni adalah contoh² bukaan iris neh :
Erm…rasanya macam dah sudah kut ceritera pasal Apreture neh… nanti kalau aku ingat lagi aku tambah la apa yang kurang ek! Apapun buat kengkawan semer jangan la sesuka hati bagi fatwa sesat neh. Ilmu ni kena cari…yang nak menjahanamkan ilmu tu adalah cara kita pelajari samada yang lurus atau yang bengkok. Keputusan di tangan anda. Dan yang best dah dekat nak abeh dah Tips-Memahami konsep segitiga eksposur neh… Yahuuuu!!! So Next Artikel adalah berkenaan Sistem kawalan tembakan kereta kebal!!!….Eh! silap la plak..hahaha Next episode adalah tentang Shutter Speed. So nantikan kemunculannya. Adios!!
Yours Truly,
~Charge Code~
    

Tinggalkan komen