kerana kenanganmu sungguh bermakna…

Tips-Memahami konsep segitiga eksposur PART II

Salam uolls semer,

Ok pada yang teraba-raba nak tau pasal sekuel citer neh korang boleh la klik sini—> PART I . Dan kalau boleh fahami dulu pasal sebelum ni…karang dah kemana-mana lak korang.

Ok sambung….

“Woo…susah betul shoot guna mode manual ni…kejap gambar terang kejap gelap”

Jawapan  :  Wah….macam biasa jawapan aku adalah lain kali RTFM. Selalu yang jadi gini sebab tahap kemalasan ko dalam menelaah. Leceh la nak cakap menda yang camneh nampak sangat sengalnye. Tapi kali aku aku nukilkan dalam blog aku neh. So kalau pasneh tanya soklan camneh aku soh je masuk blog aku. Baca dulu bagi faham oke?
Dalam kes neh selalunya melibatkan samada 2 atau keseluruhan elemen dalam segitiga eksposur neh. Tapi kekadang orang kata masalah berlaku adalah di sebabkan kit lens?? pftt!!! Sebenarnya takde kena mengena pun dengan kit lens dengan ratio f-stop sekitar 3.5-5.6 rasanya dah oke…cuma utk dapatkan shallow depth tu yang mungkin susah sket….oh shallow ek!! lebih kurang cam Bokeh la. So kalau nak tau bokeh camna cam gambar sebelah neh. Dari itu pada hemat aku yang sekejap terang atau sekejap gelap tu adalah di sebabkan oleh zoom pada kit lens korang. Maksud aku camni apabila korang dah set ISO(aku tatau korang reti ke idak) pada ukuran constant(tetap) pastu shutter speed pada kelajuan yang juga constant dan setkan apreture pada bukaan paling besar iaitu f-stop 3.5. Isunya adalah jarak fokal(focal lenght) dan apreture bagi kitlens adalah akan berada pada bukaan 3.5 f-stop untuk jarak fokal 18mm,manakala bukaan mengecil pada bukaan apreture(4,4.5,5.6)apabila kita zoom jarak fokal lebih jauh dari 18mm. So apabila apreture makin mengecil kita dapat melihat di dalam viewfinder bahawa meter eksposur semakin ke arah negatif. Dari situasi itu maka elemen² tadi telah berubah walaupun kita telah tetapkan ISO dan kelajuan pengatup. Imej terhasil akan semakin gelap dan kedalaman fokus semakin membesar(Depth of Field) serta imej menjadi tajam(sharp) begitu juga sebaliknya. Untuk itu adalah lebih bijak sekiranya korang tetapkan juga apreture korang pada bukaan paling minimum sebagai contoh seperti di bawah:
Lihat pada arah anak panah.

Ok nampak tak?? so kalau nak terbaek main dengan bukaan f-stop 5.6. Tak yah korang nak fikir bagaimana nak kontrol segala bagai. Bukaan Apreture 5.6 tidak akan mengubah segitiga eksposur walaupun jarak fokal dipelbagaikan. So apa lagas!!! Try la kalau tak caya. 
“Ko tengok la abg tu pakai lens apa..baek punya 2.8 lagi tu..tu yg gambar lawa tu”

Jawapan  :  Serius orang yang jenis camni dah pun kena sembur ngan aku. Apa taknya, kot ye pun jangan letak persepsi yang salah pada bebudak nubis neh. Tak semestinya dengan menggunakan lens sebegitu boleh dapat gambar superb clean dan lawa. Apa yang penting adalah tentang bagaimana korang dapat kuasai segitiga eksposur neh. Kuasai dulu baru la nak mikir samada nak rembat lens seperti di bawah neh:
Nikkor 17-55mm F2.8 ED DX

Lens jenis ni lebih dikenali sebagai “Fast Lens“.Sebab apa? sebab dia telah tetapkan bukaan constant pada f-stop 2.8 yang mana bukaan ini sangat besar dan dapat memberi kesan bokeh(kesempitan DoF) serta kemasukan cahaya yang banyak. Jika korang jenis tak faham apa itu segitiga eksposur maka dah tentu gambar korang akan dapat seperti Soalan No 1 tu. Lagi pun tak payah nak pening2 setkan bukaan apreture juz tetapkan pada memana bukaan yang korang suka maka zoom la camna pun segitiga eksposur korang akan kekal. Macam aku maklumkan sebelum ni bahawa pada bukaan apreture besar hanya untuk memberi kemasukan cahaya dan menyempitkan fokus(DoF). So tiada masalah untuk kitlens beraksi seperti fast lens jika kita pandai setkannya seperti Soalan No 3. So jangan menggedik nak terpengaruh dengan fatwa² sesat camneh. Seyes aku nyampah derr. So pada yang dok buat fatwa² sesat camneh tolongla…korang tu dahla lack knowledge janganla di ajarnya bebudak nubis neh benda² merepek neh. Korang try gugel tgk harga lens atas neh berapa??
Ok setakat sini dulu dan aku harap korang yang nubis tu jangan la terpengaruh dengan kaki² rachun neh!! Nyosal weiii….Apapun artikel ini akan bersambung untuk PART III lak. Artikel tu nanti akan aku kupaskan satu-satu makna,fungsi dan ape-apelah pasal ISO,Shutter Speed dan Apreture. So cekedautttttt!!!!
Yours Truly
-Charge Code-

2 responses

  1. Ilmu yang sgt berguna untuk budak nubis mcm saya….terima kasih bang….

    Julai 12, 2012 at 7:34 PM

  2. Ko jangan bro…bila nak lepak ngeteh??

    Julai 13, 2012 at 1:29 AM

Tinggalkan komen