kerana kenanganmu sungguh bermakna…

Archive for Januari, 2012

Menghijaukan persekitaran(Green Environment)

    Salam sahabat semua!! Ok, apa yang aku dok bebel pasal hijau la pulak ni? erm cenggini geng dalam entry  kali ni aku nak sampaikan sedikit tutorial tentang tips & penjagaan bateri gajet anda. Tidak kiralah samada bateri kamera,henpon,ipod,tablet atau mp3 korang semua. Ianya adalah berkenaan dengan dua jenis bateri iaitu Lithium ion dan Nickel Cadmium. Penggunaan bateri jenis ini adalah sangat meluas bagi pasaran elektronik seluruh dunia. Namun begitu tahukah anda bahawa kedua-dua jenis bateri ini adalah berbeza daripada Charge Recycling dan juga Discharging? heheheh tatau kan???

    Untuk pengetahuan korang semua charge recycling bagi Lithium-ion adalah antara 400-500 kali mengikut cara penggunaan, manakala bagi Nickel-Cadmium pula antara 200-300 kali. Berbezakan?? dan kewujudan bateri jenis Lithium base pula lebih berkuasa dan ada yang boleh bertahan sehingga 9 jam penggunaan contohnya Lithium-polymer keluaran Apple Inc. Jadi Lithium-base digunakan dengan agak meluas bagi gajet yang berkuasa seperti komputer riba,tablet dan sebagainya. 

Salah satu contoh Bateri Li-ion
Yang ni lak Nickel-Cadmium
 
    Pasal discharging pulak perbezaannya adalah Li-ion sangat pantang betul kalau charge waktu bateri dah habis..so nasihat la charge sebelum bateri habis seeloknya ketika bateri berkurangan sehingga tinggal 10%. Bagi Ni-Cd pulak please la korang biar bateri tu abis betul-betul baru charge. Sebelum ni ada diberitahu tentang charge recycling  yang mana akan mempengaruhi cara penggunaan. So ini adalah salah satu cara penggunaan yang terbaik untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu bateri. Jadi apa kena mengena pulak dengan hijaukan? Haaaa…ni yang nak beritahu ni…apabila kita menggunakan bateri dengan betul ianya akan mengurangkan pengeluaran haba yang tidak sepatutnya yang akan menyumbang kepada pemanasan global!! Ish!! takkan kut setakat bateri je pun kan?? A`ah yela tu itu kalau ko sorang bayangkan kalau dah 1 billion guna camne??  apa lagi ha!! dengan perlakuan yang baik terhadap penggunaan akan mengurangkan pengeluaran bateri dari kilang dan akan mengurangkan pembakaran atau pembuangan bahan kimia dari kilang. Ha!!! kan ke elok tu. So memasing pastikan korang semua memupuk sikap untuk menjaga dan memulihara alam sekitar kita. Dunia ni pun dah tak tahan dah dengan kecuaian kita. Sendiri mau ingat la!!!!……Adiossss

Sharil & Wanie