kerana kenanganmu sungguh bermakna…

Terkini

Kuching with Love Part I

Salam, Ok uolls kali ni aku nak postkan gambar aku bersama-sama keluarga tercinta makan angin kat Kuching, Sarawak. Dalam ruangan blog ni apa yang patut aku sampaikan adalah berkenaan dengan hasil karya aku. Cenggitu jugaklah yang terbit di gambar di bawah. Sesambil selam minum air katakan. Anyway sesi pelancongan ni dah lama pun berlaku jadi aku upload jugak dalam ruangan ni untuk aku nak ceritakan serba sedikit tentang hasil stroke yang aku baru bina. Apapun aku tatau tahap mana cantik atau buruk stroke aku melainkan pada mata korang sendiri untuk nilaikan. Well sila la jamu mata ek!!

Ok harapan aku ni adalah sekiranya korang dapat memberi sedikit komen yang membina untuk aku mantapkan skill aku di masa depan. Apapun bagi aku tiada malunya sekiranya mahu belajar kan?? Stroke yang aku bina ini adalah salah satu cara untuk korang mengenali kewujudan Charge Code dan DnA Pixelworks dalam persada seni fotografi ni. Adiosss

Makan Hati!!!???

Salam buat peminat² tegar blog neh. Heh semenjak dua menjak ni aku nengok trafik makin tinggi viewers. Aku tatau samada orang yang sama ataupun baru. Namun aku panjatkan kesyukuran padaNya kerana blog ini menjadi suatu laman yang memberansangkan. Well sebenarnya tujuan awal kewujudan blog ni adalah untuk memaparkan hasil karya aku buat tatapan korang semer tapi…. entah la aku nengok macam blog ni kurang ‘umph!’. Dats why la aku enhance lagi blog ni dengan pelbagai segmen yang korang leh tengok dekat tab bahagian atas tu. So result agak memberansangkan juga bila lahirnya penambahbaikan neh. Yang aku paling terkejut tu. peningkatan trafik sangat besar berlaku dalam segmen bebelan??? ahhahaha…pelik juga apakah bebelan aku ni disukai ramai ek??? Dari sebab tu la aku kurangkan sket bebelan aku neh(jual mahal yo!) untuk beri ruang pada segmen lain macam segmen tips & penjagaan. Dari komen yang aku terima nampak macam segmen tu juga bagus untuk korang yang baru nak berjinak² dengan kamera DSLR neh. Ada juga orang tanya takde ke tips yang lain contoh tips nak dapatkan anak ramai ke??? Errrr…Hello blog neh adalah blog Seni Fotografi/Tampak/Halus so janganla dok minta tips yang bukan2 oke! Kalau aku nak bagi tips pun pasti akan ada related dengan penggunaan kamera. So kalau nak yang selain dari tu rasanya takkan ada dalam segmen Tips & Penjagaan mungkin kalau aku rajin akan aku sumbatkan dalam segmen bebelan. 
Okeh aku dah start mengarut dalam intro tadi so back to the point! Makan Hati??? Ape la plak tajuk neh???  Hurm….tak faham??? so sabar dulu ek baca bagi habis. Isu makan hati ni memang dah seakan lumrah kehidupan manusia neh ek?? Sebab bagi aku isu makan hati neh dah macam nak menjadi makanan lak utk jiwa aku neh. Korang mesti kata “ko ni pehal tetiba nak makan hati, sentap bagai lak?”. Ye la bukanlah untuk menyalahkan sesiapa pun dalam isu neh cuma ini adalah luahan hati aku sendiri yang mana aku ni ibarat macam cuba nak memahami dan korbankan segala demi memberi kebahagiaan. Tapi aku buntu untuk membentuk kebahagiaan itu. Yep!! Aku lebih senang untuk salahkan diri aku dahulu(muhasabah), cuba cari di mana silapnya atau apakah aku ini keterlaluan?? Apakah aku silap dalam memilih??? atau apakah cubaan memberontak menentang aku??? Apa yang dia mahu??? Serius aku ni jenis suka berterus terang dan tak pandai nak berselindung dan bila sikap aku begitu maka aku tuntut untuk orang lain bersikap begitu juga. Jangan diamkan diri pendam perasaan segala bagai kerana aku tak tahu(dan memang begitu pun) apa yang ada dalam hati korang. Jika tidak suka terus NYATAKAN supaya senang keputusan di buat. Aku sendiri tak tahu samada dia sendiri ada MAKAN HATI dengan aku atau tak sebab perilaku hanyalah DIAM??? terkadang aku tak faham dengan umat akhir zaman neh. Solat dilakukan dan bila ditanya apakah tujuan ko lakukan solat senang bagak jawapan sebab itu adalah tuntutan agama??? Apakah ko mengaku bahawa Muhammad itu pesuruh Allah??? selamba badak jawap ya!! tapi apakah ko ikut apa yang Baginda lakukan??? pernah dengar ini—>>”berkata benarlah kamu walau sebaris ayat…“. Apakah korang faham apa yang di suruh Baginda??? apakah korang faham apa itu benar? Jadi berbalik pada konteks tadi maka sekiranya timbul ketidak puasan hati atau apa sekalipun NYATAKAN walau ianya pahit!! Bagi aku aku lebh suka pada terus terang aku tak suka pada manusia HIPOKRIT, di depan baik mengancam!!! belakang siap² tikam. Bagaimana untuk aku menentukan kesalahan yang aku lakukan sekiranya aku tak di beritahu??? Macamana nak tau kereta tu rosak sekiranya tiada bunyi pelik berlaku??? Jadi tuntutan aku sangat mudah aku rasa…aku tak minta bayaran pun untuk setiap apa yang korang rasa terhadap aku. 
Tadi tu adalah pandangan aku dan perenggan ni plak aku mendengar luahan seseorang mengenai isu makan hati neh. Bro ni ada citer yang betapa terkadang beliau makan hati dengan sikap insan kesayanganya. Beliau tak faham apa sebenarnya yang dimahukan oleh insan bernama wanita neh(sorry buat kaum hawa bukan nak ngutuk cuma sebuah cerita untuk dikongsi). Ketika bujang beliau adalah seorang yang free yang boleh buat apa saja tanpa ada batasan. Setelah kahwin batasan telah wujud, katanya “Ya bagus juga demi kebaikan rumah tangga”. Akan tetapi apabila sikap keterlaluan melanda maka bergoncanglah rumah tangga. Namun aku kagumi beliau sebabnya beliau adalah seorang yang jika boleh selamatkan dia akan cuba selamatkan. Meniti hari² bersama pasangannya sehingga dikurniakan cahaya mata. Tindak tanduk semakin tidak terkawal apabila si isteri seolah² berkelakuan pelik atas hobi beliau(errr…hobi beliau adalah fotografi sama la ngan aku). Beliau bercerita lagi bahawa apakah hobinya ini sesuatu yang akan mengancam rumah tangga?? So aku jawapla…”errr ko teruskan la dulu geng…aku dengar neh”. Beliau bercerita beliau buat fotografi ni pun sebab atas persetujuan bersama iaitu si isteri pun menyokong. Tetapi semakin lama semakin makan hati ngan tindak tanduk si isteri. Beliau beritahu lagi”…aku bukannya main kayu tiga pun….juz minat aku takkan tu pun nak jeles. Habis semua dia nak kawal….”. Aku terkedu…yup ada benar katanya itu. Sebab jika dilihat kembali isu makan hati bukan terjadi pada aku saja…rupanya ramai lagi fotografer² luar sana yang selalu makan hati. Ya, sememangnya tugas sebagai jurugambar ni bukan sekadar shoot & burn sahaja. Kami terpaksa memenuhi tuntutan pelanggan kami terutamanya bidang perkahwinan. Aku sendiri pun struggle dengan isu neh. bermacam² cara aku perjelaskan pada insan yang aku sayang. Erm…Beliau sambung lagi…”mulanya nampak macam menerima namun semakin lama semakin lupa(terus teringat kalam agung Tun M). Bila kita ada tugasan pada masa tula memacam akan berlaku. Ajak gi pasar la, beli barang tak cukup la dan memacam lagi la. Yang menaikkan tahap kebengangan aku ke tahap yang sukar di kawal adalah tugasan yang aku akan laksanakan diberitahu seminggu awal dan terkadang sebulan awal….dan aku akan mentionkan perkara itu sehari-hari. Tapi bila hampir tarikh kejadian maka masa tu la segala keperluan secara tiba² habis. Bukankah ianya suatu keajaiban??”. Perghhh!!! Sejibik cam terjadi dalam hidup aku neh….hahahaha apakah semua fotografer alami kejadian seperti neh??? Sambung balik,so kawan kita ni sambung lagi “…yang tak tahan tu duit untung job nak je rembat sesama takde la plak diskriminasi pun?…” Aku pun cakap la”….chill bro…aku setuju sangat dengan luahan ko ni. Masa kita buat wedding derang tak kisah sebab itu derang panggil job. Tapi derang cukup pantang kalau dengar kita gi outing cam shoot landscape ke? macro ke? derang selalunya akan tuduh kita gi enjoy! Tapi derang ni nak kata baru kenal kita semalam tak juga. Rasanya dah bertahun dah pun masih tak faham. Kita shoot  tu semua adalah untuk profile! derang ingat kita niaga goreng pisang ke hape???…” belum sempat abis hujah gua neh terus beliau sampuk”…tu la pasal aku pening dengan kehendak derang ni. Terkadang aku fikir cam nak jual je semua gear aku neh…benti keje…..pastu duduk umah jadi penunggu setia dia….mana dia pegi semua aku ikut…sampaikan ke tandas pun aku follow…” Aku celah”…uish!! apsal lak ko ni sampai camtu sekali?” dia sambung”….ye la!! cer ko fikir sampaikan aku buat job pun dok SMS tanya bila nak balik yang tak tahan tu SMS kul 3 petang?? bukan ke masa tu aku tengah shoot??? bukan aku tak pernah bawak dia gi job?? takkan tu pun tak sedar hape lagi??? bila aku start bising dia leh bagi alasan yang dia rindu?? tu yang aku bengang tu sekali dua takpa tapi kalau dah berkali² bengang la aku.” Fuh!!! dasat juga luahan hati dia neh…ade lagi luahan dia panjang juga tapi aku dah start malas nak menaip la plak…huhuhu kalau aku rajin ade kut sambungannya.
So perenggan ni aku letakkan ulasan aku. Secara jujurnya aku menyokong masalah kawan kita tu sebab aku adalah jurugambar seperti beliau juga dan aku juga mengalami situasi yang hampir sama dengan beliau. Nasihat aku pada kaum hawa yang belum berkahwin tu fahami dulu jiwa pasangan anda. Ya kami lelaki ni ada hobi yang kami suka. Ada hobinya yang suka pada sukan, kelajuan, permainan, seni dan juga perempuan(shortlist neh…jangan salah sangka). Hobi2 ni pula ada yang membazirkan wang ada yang memberikan wang. So pilihan sebenarnya di tangan korang tentang bagaimana nak memilih bakal suami korang samada mempunyai hobi yang menghabiskan wang ringgit ataupun memberi wang ringgit yang tidak menjejaskan dia daripada melaksanakan hobinya. Bagi aku hobi pada perempuan adalah perkara yang WAJIB di halang samada berhabis ataupun memberi wang ringgit begitu juga pada kelajuan keran ianya melibatkan maruah dan juga nyawa. Pada yang lain lihat pada faktor memberi keuntungan tanpa mengganggu hobi bak kata pepatah tarik rambut dalam tepung,rambut tak putus tepung tak berselerak. Pada para isteri pulak nasihat aku la tolonglah fahami suami anda sebab suami anda buat semua tu bukan untuk tembolok dia atau orang lain tapi demi semata² untuk anda dan anak² habiskan. Kiranya perilakunya dihalang apakah anda rasa suami anda tu akan turut perintah(melainkan dayus/kena nasi kangkang)? Silap² suami anda akan tukar kepada hobi yang lebih teruk lagi. Orang kata adalah lebih baik cegah sebelum parah. Suami anda keluar bukan untuk bersuka ria sambil bertepuk riang melihat anda kena jaga anak². Suami anda ni keluar mencari nafkah untuk anda dan anak². Dan tolong fahamkan betul² apa itu nafkah(kebanyakan aku tanya semua kata nafkah zahir tu makan minum,duit yang batin lak seks. LoL). Tak semestinya beliau keluar itu akan bawak balik habuan untuk anda dan anak. Seperti membina sebuah mahligai tak semestinya sebuah mahligai itu siap sendiri tanpa ada penstrukturan(tapak,tiang seri,dinding dsb). Kekadang suami keluar untuk mencari rangkaian yang mana rangkaian untuk mendapatkan peluang. Dah kalau suami tu duduk rumah saja korang rasa duit tu turun dari langit ke?? So harap korang yang bernama isteri ni faham la. Sang suami ni dia bukan sahaja mahukan anda menjaga dia dan anak² sahaja tapi suami juga sangat dambakan sokongan moral dari isteri. Jika itu sukar untuk diberikan maka apa makna pada ikatan itu kan? Dan yang terakhir untuk sang suami/boifren/anak lelaki/menantu/errr apa yang bersamaan dengan lelaki lah!!! Korang pun(Eh! korang lak aku pun sama) tolong la fahami pasangan anda juga. Dan apabila lampu hijau diberikan gunakan sebaik-baiknya janganlah di salahgunakan sebab kepercayaan itu adalah sesuatu yang agung untuk dijunjung. Once korang dah hilangkan kepercayaan maka sukar untuk dapat kembali. Selagi korang boleh jujur maka jujurlah. Janganlah menipu kerana disebabkan penipuan inilah maka kaum wanita ini berasa sangsi dan kesannya pada seluruh insan yang bernama lelaki. Jika korang nak ke sesuatu tempat nyatakan padanya bukan susah pun hanya berkata-kata sahaja. Jika malu SMS je(kawen tak malu la plak). Jujurlah pada diri sendiri dan janganlah hipokrit. Itu sekadar pandangan peribadi aku. Kalau ada yang tak betul pada pandangan aku ni korang boleh komen di ruangan komen atau email terus ke dnaphotoworks@gmail.com. 
~Charge Code~